Sunday 29 July 2012

Cita-cita...Impian vs realiti

bila sebut cita-cita(omputih kata ambition),aku yakin setiap manusia atas muka bumi nie ada cita-citanya tersendiri bukan?...dan realitinya berubah mengikut masa dan umur betul?...majoriti budak-budak mempunyai cita-cita yang tinggi,dan yang selalu menjadi pilihan adalah pilot,doktor,dan engineer,mana ada yang nak jadi kerani atau technician kilang ajew betul tak?...tapi bila semakin dewasa kita makin sedar di mana hala tuju dan kemampuan kita,terutamanya selepas habis SPM.Ada yang bernasib baik dapat mengekalkan cita-cita ketika budak-budak,dan yang kurangnya(majoriti la tu)harus menerima hakikat dan berpijak di bumi yang nyata....macam aku ketika di zaman sekolah menengah aku ingin menjadi seorang pendidik atau guru apabila dewasa kelak...tapi hakikatnya kini aku menjawat jawatan dalam sebuah jabatan di bawah kementerian dalam negeri...walaupun  berlainan profesion tapi aku bersyukur masih dapat kerja tetap dan jauh lebih beruntung berbanding rakan-rakan lain yang masih mencari-cari kerja untuk jaminan hidup yang lebih baik...

Asalamualaikum dan selamat sejahtera warga Malaysia.Alhamdullillah tercapai sudah impian nak wujudkan blog (dah berhari-hari memikior nak buat benda nie).Harap anda semua enjoy dan di sini,kita berkongsi apa saja...